Tuesday, March 1, 2011

Chapter 38 : Terbang


 Terbang

Bebas dan bebas tanpa melihat bawah,
Tinggi setinggi langit ke tujuh,
Mengibarkan sayap sebesar alam,
Untuk melindungi dunia yang fana,

Melengkapi segala tawa dan resah aku,
Menyirami awan dengan kasih sayangnya,
Membasahi dengan renyainya ke alam,
Cukup menumbuhkan cinta di hati aku,

Burung-burung turut menemani dia terbang,
Meraikan hari-hari yang berlalu indah,
Jika mula rebah dunia di masa ini,
Aku akan rasa puas yang tidak terhingga,

Kerana telah turun dari terbangnya iaitu cintaku…

No comments:

Post a Comment