Monday, March 14, 2011

Chapter 40 : Lena

Lena

Mengadap aku keatas,
Mulalah berkembang,
Bunga-bunga mimpi,
Sambil debunga senyum,

Melihat kita merantau,
Ke pintu alam lena,
Meninggalkan maya,
Untuk meneruskan jalan,

Memegang tangan kita,
Untuk buang resah,
Bagai awan dan hujan,
Yang tetap bahagia,

Biarkan lena panjang,
Agar aku mengenal,
Siapakah dia itu?
Sambil menatapnya,

Merak tidak indah,
Dibandingkan dirinya,
Apatah lagi bidadari,
Yang hanya menangis,

Untuk sejelita dia,
Saat itu seketika,
Untuk berkongsi tawa,
Supaya tiada semalam,

Putuskan diri aku,
Dari segala realiti,
Kerana fantasia itu,
Dihantui dengan dia,

Pagi akan muncul,
Lena akan hilang,
Bahawa dia mimpi,
Sejelita berlian,

Seindah pena menulis,
Selamat tinggal dia lagi…

No comments:

Post a Comment