Monday, January 31, 2011

Chapter 32 : Magik


Magik


Keluhuran hatinya melahirkan satu kata noktah,
Noktah tanpa mencari pengantinya,
Turunnya merpati itu seperti sebuah magik,
Cuba untuk menyinari hati gelap si dia,

Mula seakan sepi lebih melenyapkan dari diri dia,
Lebih kehadiran cahaya keceriaan di wajah dia,
Mencurah-curah tawa dari sinar mata dia,
Tetapi pada nyata ia menyedarkannya,

Mencelikkan si buta tanpa sedarnya,
Fikiran mula melayang entah kemana,
Seakan jasad seperti bidadari hilang sayapnya,
Sukar untuk difahami dan untuk memahami,

Kerana di hati dia tak dapat lupakan luka lama…

Monday, January 24, 2011

Chapter 31: Mati lagi cinta ini?

Mati lagi cinta ini?

Nazak aku untuk memikirkan cinta ini lagi,
Hidup seperti berodakan bintang yang tajam,
Merakuskan jalanan-jalanan hingga berdarah,
Menumpulkan segala bucu-bucu yang tajam,

Hatinya mula mematikan cinta itu lagi,
Helaian rerambut cinta mula gugur tanpa henti,
Boneka kehidupan aku mula dimainkan semula,
Bermula opera cinta yang bodoh tentang kita,

Hanyut dalam mimpi yang ngeri lagi,
Lena sedalam-dalam laut yang tiada hingganya,
Jaga setinggi-tinggi langit yang tiada hujungnya,
Memutuskan kilauan mentari dengan biasannya,

Diam dan terus diam, hingga mati itu hanyalah satu jawapan lagi…

Wednesday, January 19, 2011

Chapter 30 : Kepong

Kepong

Mula aku menuju ke jalan itu,
Sesat sambil mencari jalan baru,
Untuk menutup terowong lama,
Agar ia gelap menjadi lebih suram,

Masih aku mengingati dia,
Disaat pertemuan yang riang,
Sukar melupakan waktu itu lagi,
Kerana dia akan semanis dia,

Diakhir perjalanan yang tiada hujung,
Meruntuh memori kasih sayang,
Suara yang mampu menumbangkan,
Laju untuk meninggalkan itu,

Masa untuk pergi dari sini,
Bukan untuk kesana,
Pergi melupuskan dia dari cinta,
Dan hantu luka mula hilang,

Untuk menjadi kuburan mainan syurga neraka aku… 

Thursday, January 13, 2011

Chapter 29 : Sempurna

Sempurna

Aku takut pada dia yang bernama cinta,
Memperbodohkan apa yang dikatakan dengan rindu,
Menyiksa apa yang tidak menjadikan dia sempurna,
Tipu aku untuk mencari perasaan yang bahagia,

Cuba aku menyelami di dalam dunia syurga ku,
Sesaat seperti tiada bezanya apatah lagi seminit,
Menunggu kilauan yang tidak pernah sinar untuk aku,
Haruskah aku ataupun dia memulakannya,

Menanti sambil menanti dengan tanpa hirau,
Cuma harapan penuh di hati yang kosong,
Menghilangkan rindu yang tak pernah ada,
Kosong demi kosong itu yang ku sepikan,

Biarlah jawapannya adalah dan hanyalah dia…

Wednesday, January 5, 2011

Chapter 28 : Silam

Silam


Datang mencurangi wahai si masa,
Agar ia pantas berlalu pergi,
Datang membunuhi wahai si cinta,
Agar ia makin kejam untuk dihadapi,

Silam terungkit secara tiba-tiba,
Menghilangkan segala hiba dan luka,
Meringkuk di di dalam hati yang penuh tawa,
Bagaikan dia tetap sempurna,

Mula lelap si hati yang celik,
Memerlukan lagi cahaya yang terang,
Moga tiada lagi jalan untuk dipilih,
Meronta untuk yang satu lagi harapan,

Lupuskan segala masa depan untuk mengenang masa silam dia…

Saturday, January 1, 2011

Chapter 27 : Lemparan Chenta

Lemparan chenta

Melihatnya dengan si mata,
Tapi bercinta pada si hati,
Menangisnya dengan si mata,
Tapi terluka pada si hati,

Dengan ribuan pilu tentang kita,
Sahabat atau teman itu hanyalah dusta,
Menilik masa silam yang punah,
Mengenang masa depan yang cerah,

Hina semakin hina kita dibuatnya,
Sedikit demi sedikit cinta mengejek kita,
Biarkan itu penuh dengan dusta belaka,
Manis pula kian menghilang menjadi tawar,

Biarkan si pipit memilih si pipitnya,
Dan enggang terus bersama si enggang…