Saturday, September 7, 2013

Chapter 84 : Mencolek Langit


Mencolek langit…

Apa yang ku rasa,
Sama seperti apa yang dia rasa,
Nangis tidak berlagu,
Suara tidak bermadu,

Resah hati tersedu,
Tersusuk terus ke qalbu,
Perjalanan itu terus dan lurus,
Sehingga sampai di simpang,

Di situ ada dua cermin,
Aku melihat dia dan dia,
Seakan memantul pelangi indah,
Di antara dua cermin,

Tidak pernah ku akan mencolek langit lagi,
Setiadanya dia, aku cuma mampu merangkak,
Suatu hari nanti aku akan melompat lebih tinggi…

Monday, July 15, 2013

Chapter 83 : Bulan tersenyum melihat kita...

Bulan tersenyum melihat kita…

Hanya dia dan cintanya,
Seperti hujan yang membawa bau-bauannya,
Hadir bagaikan rahmat indah,
Mekar syurga mula berkembang,

Duka pun turut layu lagi,
Berdua hanya jawapannya,
Kita mula mendongeng lagi,
Mendongeng tentang bulan,

Betapa indahnya bulan itu,
Seakan tersenyum melihat kita,
Yang berfantasi agar tiada susah lagi,
Memilih segala bahagia tanpa dunia,

Tidak ku pinta selain dari semua untuk bermula,
Tiada akhir atau penghujungnya lagi…


Wednesday, July 3, 2013

Chapter 82 : Land And Bone


Land And Bone…

Semua seakan menghilang,
Mimpi tetap mimpi,
Sedar menerima hakiki,
Tuah dibadai sepi,

Dunia seakan mengecil,
Tanpa tanah di bumi,
Takkan rusuk menjadi,
Cukup sempurna ciptaanNya,

Usah katakan mitos,
Sedangkan ia ada di hati,
Makin lelah untuk memikirkannya,
Jangan diluruskan tulang itu,

Kerana dia sudah melentur untukmu,
Cuba fahamilah dia, walaupun perpisahan itu jawapannya….

Friday, March 8, 2013

Chapter 81 : Pulang Lagi...

Pulang lagi…

Pulang lagi,
Rumah lagi,
Kerja lagi,
Entah apa lagi,

Tawar memikir segala manis,
Jalan masih berliku,
Hijau tetap berhenti,
Entah bila kita mati,

Ada yang taksub fikir dunia,
Ada yang taksub fikir hidup,
Ada kalanya tidak perlu fikir,
Hanya hairan pada diriku,

Kilauan berlian hanya mainan kaca,
Bercerita tanpa dusta besar,
Gila duniawi ini menjadikan manusia,
Walaupun terpancar senyuman indah,

Hanyalah syurga dunia semata-mata,
Bukannya kekal memberi bahagia sampai ke akhirnya…


Saturday, February 23, 2013

Chapter 80 : Tiada aneh

Tiada aneh

Berintikan sepi,
Bersarungkan mimpi,
Malam tetap suram,
Untuk hilang segala geram,

Tidak tahu dunia kosong,
Ramai cumanya jasad,
Di hati tetap mati,
Meratah mimpi kembali,
Agar realiti tetap realiti,

Kabut masa berserabut,
Pangkal ajal maut menanti,
Duka hilang berganti lagi,
Semua tidak akan hilang,

Bersama merak untuk si helang,
Pupusnya helang bukannya kerana merak,
Kerana egonya untuk memiliki,
Tiada korban, ini hanya masa depan,

 Menjalar lagi satu harapan,
Untuk hidup bersisip persoalan,
Lenalah semua malam ini,
Supaya besok penuh dengan harapan…..