Wednesday, December 21, 2011

Chapter 63 : Persembahanku


Persembahanku

Nafas cinta tidak akan terhenti,
Walaupun aku sudah tiada,
Harumannya masih mekar mewangi,
Dihati naluri jelita,

Sebagai tatapan rohani dirinya,
Aku mempersembahkan madah ini,
Agar tetap bersama dia,
Untuk beribu tahun lagi,

Jaga dan lena untuk senyuman,
Membimbing dirinya ketika sedih,
Menghiburkan dia ketika luka,
Menemaninya ketika gembira,

Dan aku tahu aku dapat tidur dengan nyenyak,
Kerana dia sentiasa ditemani dengan persembahanku....


Yang membezakan kita itu adalah Dia, yang menyamakan kita itu adalah Dia, bila resah aku mencari Dia, bila gembira aku tak mencari Dia, tiada yang abadi kerana Dia, untuk menyakiti hati agar melupakan, mematikan segala perasaan kita, agar dapat meminta dari Dia, terima kasih untuk mengenali dan merapatkan aku pada Dia, walaupun sekadar persinggahan di dunia, aku tetap bahagia kerana diberi peluang untuk berjumpa jelita, senyuman itu cukup mengaburi mata aku tentang dunia, biarkan susah meranakan jasad aku ini, benci aku untuk memiliki pemikiran ini, sering mengingati segala silam seperti ia berlaku semalam......

Saturday, December 17, 2011

Chapter 62 : Disebalik tudung itu...


Disebalik tudung itu…

Helaian rerambut menjadi saksi,
Melihat apa yang beza tentang dia,
Dan menyimpan segala rahsia,
Cuma dia dan tuhan mengetahui,

Untuk aku menerima segalanya,
Mungkin ini ujian bagi diriku,
Untuk aku menerima seadanya,
Mungkin ini cintaku padanya,

Melupakan apa itu masa dulu,
Membuka semua buku baru,
Sebahagia dua merpati putih,
Terbang untuk menikmati dunia,

Selamanya rahsia disebalik tudung itu,
Menjadi rahsia untuk kita berdua…

Dalam hidup kite ni penuh gan  rahsia.. berbeza mengikut citarasa kita.. lol.. tapi kita tak penah mengharapkan    masa silam tu nk menghantui kita. cukup untuk membuat kita akan lebih maju dalam hidup. entah kenapa rahsia tu akan berlaku dalam hidup kita.. yang menjadikan kita lebih gagah untuk masa depan.. nenek aku penah pesan, kalo dia nk pegi, dia pergi jgk.. hehehehe

Monday, October 10, 2011

Chapter 61 : Juta


Juta

Persahabatan bila timbul dia,
Timbulnya aku atas cinta,
Runsing tapi dia tetap sama,
Menjutakan senyuman pada dia,

Kekal utuh menjadi tugu indah,
Yang tak hilang di hati ini,
Kronik bunyi degupan itu,
Menandakan dia hanya satu,

Seakan merpati yang terbang,
Terbang berputar di minda aku,
Seakan aku turut ringan di udara,
Bersama dia agar kekal bahagia,

Kita adalah sama tapi cinta yang membezakan kita,
Demi menjutakan semua perasaan di dalam hati kita…

Senyumlah wahai manusia walaupun ade dilema dlam cinta, tak payahla nk termenung sini sana... just enjoy love eventhou it painful.. hahaha.. cinta ni lebih kurang macam choclair, mesti ade suprise di dalam dia.. i just wanna make her smile forever biarpun ak mati skali pun dia tetap akan senyum.. =P

Monday, October 3, 2011

Chapter 60 : Plus Minus


Plus Minus

Jujur dikenali sebagai dia,
Dusta dikenali sebagai aku,
Merobek sebuah kisah cinta,
Seakan dunia berputar kerana kita,

Diwarnai seri wajah dia,
Kerana dia setiap saat dalam aku,
Aku akan menghargai dirinya,
Bukan dengan kata dusta,

Tapi dengan kata syurga dunia,
Mengharumkan bau-bauannya,
Mengindahkan si dia sempurna,
Menafaskan hembusan dunia aku,

Untuk mengekalkan dia di akhirat aku lagi……..

dunia ini penuh dengan dosa, walaupun kita tahu ia hanyalah larangan tapi ia tetap dilakukan. mungkin ia sudah menjadi satu kebiasaan pada kita sebagai manusia atau hanya manusia sanggup membutakan mata untuk membiarkan apa yang dikatakan dosa itu dilakukan oleh manusia lain. Dari mana datangnya kata dusta dari diri ini, mulut?? hati ?? minda?? roh??? persoalan demi persoalan mula akan terungkai kalau umur kita semakin mengecil. Tiada apa yang berbeza dalam dunia cinta... biarkan tetap sempurna segalanya... :)

Monday, August 15, 2011

Chapter 59 : Crazy Sunday With Them..


Crazy Sunday with them

Pelangi takkan muncul lagi,
Setelah hujan makin renyai,
Aku terus menanti diam,
Sambil aku lihat dirinya,

Dia datang dengan senyuman,
 Lebih indah dari pelangi,
Waktu mengajarkan kita semua,
Bahawa tiada apa yang mungkin,

Terus aku berjalan ke hadapan,
Sambil mencari di mana silam,
Supaya tiada lupa tawanya juga,
Untuk mengindahkan lagi aku,

Berlalu demi masa akan datang,
Agar kita dapat melayang,
Lebih tinggi dan tiada lawan,
Seperti kita semakin hebat,

It always be on Sunday…  

Another crazy and freaking weird sunday for me!! hehehehe.. secara tibe2 aku berborak ngan nina and (datang prangai yahudi mabuk ak) suddenly ak trus siap gi kl nek tren dari seremban.. dh la nek train mcm sadin.. so anyway aku trus gi putra again(byk sejarah hitam kat situ).. gi masuk mall lps tu gi jumpa nina and then kitaowg trus gi BB pulak coz nk jmpa dyra yang ade kdai kat BB plaza... secara tibe2 nina ade emergency, dia terpakse pulang.. ak pulak dtang gan takde plan nk buka pose kat mane2, ak ni dh la jenis redha aje.. so lps tu, berbuka pose ak gan dyra kat kdai dia.. yang ak klakar, bila ak beli nasi ayam, ak mintak nasik kurang, lps tu brader tu ckp ak ni pelik.. bli byk kang, tak abih makan kang, wat dosa ajo jang! hehehe.. so anyway lame gile tak jumpa dyra ni, byk btul cerita kita yang dikongsi... dlm kul 9 cmtu ak trus lik.. smpai rumah, mak ckp kek lapis si dyra sedap.. ak dh gelak2 sorang.. tapi besh gle ar sunday ni!! WOW!! berbaloi punya plan yang tak diplan langsung..

Wednesday, August 10, 2011

Chapter 58: Pelita Jelita Bercerita


Pelita Jelita Bercerita

Maka berceritalah si pelita,
Membuka buku cinta dirinya,
Satu demi demi satu dibaca,
Untuk kita kongsi bersama, 

Mendengar seakan dicintai,
Menerima seakan sempurna,
Mendongengkan watak dusta,
Aku terus menghampiri dia,

Cahayanya menerangi gelapku,
Membuka cerah mata lelap,
Dengan alunan api tawanya,
Agar kegelapan itu terus hilang,

Aku mahu pelita itu tidak akan padam wahai jelita…


Thursday, July 28, 2011

Chapter 57 : Subuh


Subuh

Subuhku,
Dikala aku membuka mata,
Hatiku pun terus terbuka,
Menanti suara si jelita,

Bagaikan secepis syurga,
Biarkan malam merindu,
Mecerahkan segala gelapku,
Gilakan ku dengan senyuman,

Tiap pagi akan berbeza,
Mungkinkah kerana dia,
Tiada yang sama dengan lain,
Sukar untuk melupakannya,

Tetap mencari sinar dikala subuhku lagi jelita…

hmmmm, it another my imagination about her.. just my hope for her.. eventhought i know it just a lie to me.. ak tak tau nape ak tak leh lupakan dia.. dia slalu ckap kat ak, yang dia dh mandrem ak.. ak msti gelak aje.. kalo borak gan die pun, crita pasal angan2 kite ble dh pencen.. but now it just that my ego too bullshit.. i can't accept her as a friend.. b'coz i want more than friend.. bile subuh aje, msti teringat kat dia.. maybe human will change every single steps and stages in their life.. ak hope dia feel the same too.. kisah mak nyet and pak nyet akan bersambung di waktu zohor pulak.. hehehehe

Monday, July 25, 2011

Chapter 56 : I can't make her real


I can’t make her real

Cry for another mercy,
Cry for another love,
Cry for another her,
She without her perfect lies,

Begging for her voice,
Like an angel set to kill,
Killing all my loneliness,
To put away sadness,

Pure with her blade,
Opening my heart deeper,
For her beautiful heart,
To be together forever,

If only she was real,
If only she was a human,
If only time can wait,
Let sorrow be forever…

  hurt that maybe the only word can describe me right now. Cruel how can world be so cruel.. acting like an angel but inside a devil try kill my heart. maybe cupid is stupid, or maybe not, or just me playing stupid.. im freaking to find the way out. no more hoping, at the last dawn, i pray it to stop.. stop from killing me, stop before it to late.. mercy mercy jeoperdizing for her mercy. why the sorrow haunting, why loneliness be my best friend, is she a machine gun??? writing a deed without sins, crawling from heaven just to be in hell again again and again.. dance little angel, for her cry with melody, with symphony, with pain that called joy. looping to the end of the world, eventhought it will come to me. goodbye poet, goodbye poem, goodbye to her.. 
  

Thursday, July 7, 2011

Chapter 55 : Kabus Dihujung Pelangi


Kabus dihujung pelangi

Seribu kata untuk diungkapkan,
Tapi sesaat pun tidak ketemu,
Cuma untuk berkata “I love you”,
Seakan-akan lidah terbeku mati,

Lahirnya keluar dari mata bidadari,
Terus menangkap ke hati aku,
Tapi apa dikatakan semuanya indah,
Akan pasti menjadi rapuh juga,

Bercintalah manusia dengan kata dusta,
Biarpun itu terus membuta rupa,
Merangkak ke dalam bara api menyala,
Biarpun muka aku tetap tenang lagi,

Butuhkah aku merindu dia lagi?
Aku cuma mahukan dirinya sahaja,
Untuk menjadi sesyurga bersama,
Dan juga melepasi seneraka bersama,

 Biarkan berlari di dalam kabus bersama,
Agar dapat hidup dihujung pelangi sehingga mati…

hmmmmmmmmmmmmm, dimana nak mula disitu ade cabang2 hidup.. hahaha.. nenek ak pesan ape2 hal standby GPS hidup takpun just dial 24434! betul tak nek?? terasa lonely gile2 babun skarang ni.. rasa macam nak isi minyak full tank and trus naik hiway lps tu tgk sampai ane kete tu berenti.. memang betul cakap mak cik jah sebelah rumah mak cik timah bini si daud sayur tu, pantang sekali bercinta mesti nk lagi punya! (tengkorak hang!) untung ke kalau kita menipu diri sendiri?? sanggup ke kita menghancurkan hati seseorang supaya hati kita tak hancur? dalam dunia semua benda akan terjadi, tak kira walau sepelik ane kita sangka, mcm pasal t'pon pun sanggup masuk tangan dalam mangkuk tandas sampai bomba datang kena kluarkan tangan tu.. WOW!!! skang ni dah terbiasa untuk melihat sesuatu yang indah kat langit, biarpun bintang n bulan men nyorok2 kat belakang awan, tapi cukup tenang nak menenang hati orang yang gila angau ni.. sekian sahaja dari jiwa kosong!!! ak lari!!!! hahahaha

Friday, June 24, 2011

Chapter 54 : Tawa dalam Sedih


Tawa kerana Sedih

Hidup diibaratkan seperti anjing,
Menunggu si jelita untuk membaling kayu,
Sesudah dibaling kayu ke sana,
Anjing membawa kayu ke jelita semula,

Tanpa dihiraukan si anjing keletihan,
Terus si jelita membaling kayu lagi,
Si anjing membawa ke jelita semula,
Si anjing mengharapkan belaian dan tawa,

Tapi semuanya hanyalah angan-angan,
Apakah manusia itu indah tapi rapuh,
Atau anjing it terus mencuba,
Tanpa menghiraukan perasaan si jelita,

 Biarkan ia menjadi entah, biarkan ia tidak patah,
Kerana kita hanya merancang sahaja..

I don't why in still love with her. Maybe too stupid or just human nature, akan lakukan sesuatu yang betul2 gila untuk cinta. Dia pun asyik cakap ade laki len nk try couple gan dia. Dengan kata len, ak kena undur pergi kot. hahahaha. kalo suh lupekan ak, msti dia ckp susah nk lupakan ak n kena mati baru leh lupekan ak.. So the plan is simple tonight, malam kita patah2 hati dia sampai die benci ak gle2, sampai die benci sebenci bencinya kepada aku agar dia dapat lupekan aku.. Sape setuju?? terima kasih kepada mak cik duduk di sudut tu kerana setuju dengan cadangan saya!! hahaha.. So anyway wish me luck for tonight!! ak akhiri smua ini dengan sometimes love is stronger than death.. About the picture kat atas ini, time ni ak terduduk slama 2-3 jam kat PWTC tak tau nk bwat ape coz tergamam n duit pun dh kering kontang, slamat ade brother dr  Perak berborak gan ak..

Thursday, June 16, 2011

Chapter 53 : Pretty Pretty Words! lol

Splay - Drawing Day

An angel without wings said
The map showing the way back home had been lost
Feeling powerless, I took up a paintbrush
And added water to the dried paints

Even if these eyes lose their light
I'll keep drawing
Even if this arm loses its strength
I'll keep drawing

A proud stray cat laughed
He laughed at me as I struggled to live
Upon a narrow, small palette
Without colours mixing, my intention grows stronger

It's a dark and cold world, but
I'll keep drawing
A picture of the brightly blazing sun piercing through
I'll keep drawing

 What can be done for someone else's sake?
Even that much, again, from now on
 Even if these eyes lose their light
I'll keep drawing
Even if this arm loses its strength

I'll keep drawingIt's like everything is wrapped up in this colour
A prayer that encompasses every wish

hahaha.. just few days ago, i heard the song and saw the translation.. and i speak to myself, what a wonderful world! YEAH!!!!!!! suddenly i became so high with this song and like a magic with a bunny inside the hat. how the the heck they make all this awesome lyrics?? that make me wonder, what totally inspired the lyricist to create such a beautiful word and totally plague the world with just using words.. like the bee gees said it only words, only words they have to million dollar!!! lol.. Actually me english no good.. Tapi ak rase pelik, slalu ak tertaksub tengok kata-kata yang diluah dalam sebuah lagu, walau sesimple ane pun ayat dia mesti makan dalam gile2 kat hati.. Maybe sebab makan hati ayam... hahahaha.. no matter how hard we try, the world always playing with our mind and soul, and only god knows why.. tapi bagi aku, kalo nak luahkan sesuatu perkara yang dinama chenta itu, memang sukar untuk ditulis, dibaca, dinyanyi sebab ia terlalu indah dan berasal syurga.. soalan tentang chenta tu ade kat ane-ane pun, tapi jawapan dia sentiasa ade kat hati kite walaupun nenek hang tak tau! just don't give up! kejar aje chenta tu biarpun berjuta batu jauhnya.. Just keep on drawing...

Tuesday, June 7, 2011

Chapter 52 : She's My V@lentin3?

 

She begging for away out, for her to runaway until the end of the road. Let me sorrow alone without knowing what going inside of me. She is a plague in my mind, wondering and suffering all thought in colourful of love. Im dying in my own consciousness, stop by another stupid imagination that me and her gonna be together like pair of butterfly.Im chosen the path that will kill my heart. Among a million star, i picked that small and cute star for my heart. Why the stupid mind kept a thousand frame of her face and its hard to delete each frames? im sober with thing called love. jumping into paradise that full with anonymous happiness. someone make all stop, for to be rest in peace for a minute or two. Freak me out, freak me out and freak me out from this pain, stop this hatred, malice and bleed. Why all human must have emotion!? just left me behind and out from this world!
     

Friday, June 3, 2011

Chapter 51 : How lovely is love??

I do , I do, I do or adoi!! so how care about your love when other is busy hoping for another love to easy came and easy go. Without know that just heaven are the cure but did you know that heaven just lies for us to chase until the end of the world. She just crying for love more, more and more until death come to hi! and Lucy from hell try to seduce her with his temptation of luxury full with suffer and hatred. Cruel to this world for her, cruel that man just masked of an angel, cruel that love without passion and desire to slash all the pain her have and to lost in her past. Why must burden herself? nothing in this world will never make her smile again, just a fake smile will haunting her face over and over and over again. She will be another actress that gonna be famous and cheerful, don't forget about the bling bling! So many question that will be answer by question, face the reality so that you will be someone more useful and stop day dreaming eventhought the nature of human will be the same, human will never that any care of their belonging until the day it all vanish including love. So in the end, we can see that need each other to remind ourself that the world will mad at us for our doing. Stop doing something stupid our life!!!!!!!! Evol efil ekil spil fo seil!! EURT EVOL SI LUFITUAEB!!!  <<<<<<<

Thursday, May 26, 2011

Chapter 50: Pictures


Alkisah... perlukah hidup ini dianggap seperti puzzle? bila hancur berderai, kite kna cantumkan balik.. sementara nak tunggu puzzle jd picture yang menarik kena sabar macam kera menanti pisang dari tuan dia??? hahaha.. mcm ane dunia ni rotate, memang terbaik gle.. kadang2 yang buruk itu dianggap indah, apatah lagi yang indah itu akan jadi buruk di mata owg lain.. itu yang dinamakan penangan atau sepakan atau tumbukan atau tamparan atau libasan cinta.. everyday ia menggambarkan dunia dengan warna-warna yang mengkhayalkan mata dan hati dan perasaan dan jantung dan dilupakan yang slalu dikatakan Cik Piah iaitu Minda kita.. protokol ini akan mengangkatkan lagi simbolik dunia dimana ia hanyalah skadar mainan kanak dan remaja. tambahan pula, ketagihan untuk melepaskan sesuatu yang dianggap suci dan berseri itu adalah sekadar palsu dan dusta belaka sahaja, sedangkan yang nyata adalah menjalani sebuah titi yang tiada penghujungnya walaupun ia hanyalah mimpi yang diumpamakan di dalam jaga manusia. justeru itu manusia haruslah menerima hakikat bahawa gambar cinta dalam di mata. hati dan telinga manusia akan memeningkan manusia untuk mengejar apa yang dikatakan dengan abadi. So begging for mercy?? what the F will it be? controlling another friend for jeopardizing for your love.. so  calling for heaven eventhough you know that hell will pick up the phone! To whoever pls understand that know matter how hard u try, u can't stop... it like plague or disease sorrowing into our mind and soul and playing roulette with body.. just don't die tomorrow! Thank you.. hahahahahaha

Monday, May 16, 2011

Chapter 49 : Monday!!!

WHY! WHY!! WHY!!! Kenapa tiap2 hari isnin mesti aje takde mood??? memang macam sakai and toyol!! maybe sebab terlalu berpoya2 sangat kot hari weekend.. kalo la takde hari isnin!!! hmmmmm, mesti owg smua menyumpah2 kat hari selasa pulak... biar isnin itu tetap isnin, sebab kite leh lupekan pasal hari weekend tu.. hahahaha.. dulu ak susah nk lupakan hari ahad tapi skang ni susah nk lupakan hari sabtu.. mangkuk punya ajim!! betul ke manusia akan tetap menceritakan betapa kebesaran manusia lain tanpa memikirkan diri mereka sendiri.. adakah itu tabiat atau habitat diaowg?? dalam sehari tu mesti ade skali, walaupun sekejap tapi adakah ia ada bagi dorongan kat kite atau hanya sekadar nk cerita pompang pung tang kangkung aje?? hehehehe.. kalo tak mcm ane legenda nak wujud an an an.. boleh ke hidup ni terus menunggu and tak penah putus asa... ak terasa happy sangat bile sum1 tu kol ak tibe2 time tgh hari aritu, mmg tahap kesakaian aku akan mendidih sehingga membuak2 (terlebih gula)... we just human, what love make me, i wanna thanks god so much, i will forget it.. kalo cinta tu leh kejar, ak dh kejar mcm ak kena kejar anjing kat umah Ah Yap tu.. hahahahaha.. bile la kematangan ak ni nak terserlah!! nk bergaul gan owg lagi la!! mmg mcm monyet laut, kalo kat tmpat owg ramai..  dh tabiat ak, msti nk pegang bahu mmbe kalo tmpat tu betul ramai, buat sakit mata ar pandang owg ni.. WEIRDO!!! ade ak kisah.. : )   tu ok lagi, tibe2 otak ni leh dengar lagu secara tibe2, macam otak ak ni ade windows media player pulak!!! tah tibe2 ane datang playlist pun tak tau.. biar pun pelik ke atau menghairankan skali, hopefully ak ni jadi manusia dh ler.. jgn jd mutant or alien dh ler.. Anyway Selamat Hari Guru!!! : )

Sunday, May 8, 2011

Chapter 48 : Same..

Perkataan same itu, macam satu penyakit aje.. hehehehe.. Bile pompuan marah lelaki, msti diaowg ckp smua laki same aja, dan bile laki pulak marah pompuan, diaowg pun ckp bnda yang same jgk.. Tapi pada hakikatnya, manusia smuanya same aja.. Sebab kita smua ada perasaan. Perasaan yang ingin memberontak, perasaan nak menang, dan tidak dilupakan dengan keangkuhan yang tinggi.. boleh kita buat perubahan dalam kita.. =P memang susah nak jadi apa yang dikatakan sebagai manusia.. mencari, mencari dan mencari sampai kita menutup mata.. just don't give up.. true love is beautiful.. dunia akan tetap same, makin lame mase pun makin laju. kita pun makin tua.. mcm roda berputar..

Wednesday, May 4, 2011

Chapter 47 : Berakhir ker?

Chapter 47 :  Berakhir ke??

Hahahahahaha.. Teruja aku mengejar mu, bermimpi memiliki mu, chopppppppppppppppppp!! itu lirik lagu tu, tak pasal2 nnti owg ckp ak menciplak pulak.. teruja aku membaca komen member ak, hopefully mimpi kita akan jadi realiti. Adakah sesuatu akan mudah saja berakhir macam bihun sup di hari puasa?? Jawapan dia entah la. Time bila sumthing itu bermula, manusia akan lebih excited n nervous, mcm ak baru2 start keje, mmg smangat mcm tip top, sanggup bgn pagi2 smata2 nk tunggu bas lps tu nk nek KTM lg lps tu nek bas lg.. tapi yang peliknya uit tu leh support owg... last owg tu pulak yang buat palat... kenangan yang tak leh dilupakan mcm tattoo geisha kat peha ak.( in my dream!!) hahahahaha.. tapi smua tu berakhir, msti mcm kita must go on with our life.. kalo tak pecaya, tgk bile owg mati, 4-6 hari menangis smpai leh jd tsunami la, lps tu mcm biase aje.. lps tu tggu mmpi, baru kita berdoa lik si mati tu.. =P  nape kita tak penah nak senyum pada si mati, walaupun kita dah tau dia akan pergi ke tempat yang tenteram n lagi happy dari dunia ni and owg pun akan ckp "tuhan lebih menyayangi dia".. apa kata perkataan akhir itu tak penah wujud dalam kamus dan dalam sejarah manusia. adakah manusia akan terus keje smpai tak balik umah?? adakah sesuatu hubungan itu  tak pengakhirnya? Forever love la katakan.. adakah manusia terlalu memikirkan bnda yang remeh temeh ni? bg ak rasa tidak kot.. skang kalo takde uit, smua akan berakhir.. mmg macam sakai kan.. manusia nk membiak pun susah, kalo banyak anak kang, memang rezeki bnyak and mencurah ke ladang gandum, BOOOM!!! jadilah koko krunch.. tapi sementara nk jadi koko krunch tak kena pakai uit jgk tu. hahahahaha.. apa2 hal ak kena akhiri nukilan ak ni, tak pasal2 kang gi keje dengan lemah longlai and tapir minum brandy besok.. betul ke takde yang abadi?? =P

Sunday, May 1, 2011

Chapter 46 : Rumah Manis Rumah



Bahagian A

[30.15 markah]

[Masa dicadangkan : 45 minit] 

Lihat gambar di atas dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang apa kejadah remaja-remaja di atas sedang buat. Panjang huraian hendaklah antara 1 sehingga "ikut suka hati anda" patah  perkataan. 

 Semasa era kegemilangan Laksamana Cheng Ho, yang langsung takde kena mengena gan kitaowg pun. hahahaha. Semasa kami tangkap gambar ni, muke kitaowg smua muke virgin aja.Biasa la time muda2 lagi, firaun pun takot gan kitaowg. Mana tak yer, perangai macam sakai, balik umah pun 3 - 4 pagi smata-mata main card lah, kadang2 pegi CC saje2 nak men Myspace and DOTA ( ak tension jgk men DOTA dulu, asyik2 ak yang kena kill!). Smua owg asyik pandang serong aja, so ade kitaowg kisah! macam ni la idup remaja yang tak nk pk ms depan sgt. Kira ok ape, at least takde langsung kes merompak time mlm2 kat area umah kitaowg. Tapi bila nampak bebola api terbang ke, dengar suara pompuan menangis dari hutan, pandai pulak balik awl, kul 12 pun dh ilang! hahaha.. Totally memang just pikir pasal enjoy aje kitaowg. Nk pegi keje, time betul2 takde duit aje. Keje part time aje, keje kat PWTC pulak tu. Sanggup pagi2 tunggu bas dari Semenyih gi  Kajang and then jln kaki nek KTM ke PWTC and last2 duit langsung tak simpan! Kitaowg Enjoyyyyyyyy!! Tapi pikir2 balik, time ni la paling besh, langsung takde tension, bosan2 ckit gi lepak kat tanah lapang, kalo nk jauh ckit kitaowg gi lepak kat empangan Semenyih. Memang ade aje tenang dalam idup,tapi semakin lama kita membesar, makin kita lupe apa itu enjoy and smua smakin rapuh (Babak sedih). hahahaha. Dari kecik sampai skarang ak mengimpikan sebuah rumah yang boleh dipanggil rumah, bila tido msti terasa tenang aje, tak payah  pasang aircond pun takpe. Angin cukup menenangkan aku gan menyejukkan hati ak. Lepak gan membe2 kat laman rumah penuh dengan tawa sambil bermain kad. Mungkin 1 hari itu akan kembali lg. Sekarang ak nak cari rumah itu dlu!! My home sweet home! Agar dapat Rest in Pajamas.. hehehehe.. 




Thursday, April 28, 2011

Chapter 45 : Ada peluang!


Bulan lepas ak lalu la jalan cni.. Lpas tu ak terkenang la zaman muda2 dlu.. Mmg macam SAKAI.. Tapi smua benda tu dh lpas dh.. Pikir2 lik kalo dapat patah lik masa kan besh.. leh blaja rajin2 sampai jadi doktor.. ( Doktor la SANGAT!!! cita2 pun ak tiru membe kat sebelah.) tak tau la nape, rindu gile kat time dlu2 tu.. habis skola aje gi dating kat bawah pokok mangga.. Semangat datang skola bukan sebab nak blaja tapi semangat nak jumpa awek.. at least ade la jugak inspirasi kat skola, keje skola langsung tak siap.. Sampai ade cikgu suh duduk kat bilik guru suh siapkan keje skola tu.. bile pikir2 lik, terase diri ak macam sampah aje.. tapi last2 and tak sangka, ak berjaya menjawab dengan cemerlang subjek yang cikgu tu ajar..cikgu tu pun tak sangka2 sambil menarik rambut ak sbab ak dye rambut.. hahahahaha Thank you Cikgu Zue!! ak rasa sejuta thank you pun tak cukup.. Blog ni dh macam kisah ak dan guru pulak dah!!! hehehehe.. ade ak kisah.. bukan ade owg bace pun.. =P so ade ke lagi peluang untuk cinta lagi?? bile kita pikir2 lik an an an, cinta ni macam tutorial hidup dah.. memang terasa macam kena langgar batu time break, ak pun gi tumbuk pintu time ak break dulu (pintu plywood boleh ar!), tapi memamg pedih ar.. tapi life must go on mah!! lame2 kelama-lamaan kite akan blaja tentang idup tau.. mcam blaja nek basikal, time jatuh tu mmg berdarah2, lame2 kite pulak yang gi racing nek basikal... hehehehehe.. slalu la beri peluang pada cinta wei, kerana setiap cinta akan mengajar kita tentang betapa besh saat2 itu... lambat laun, kita akan jumpa seseorang yang kita rasa dia adalah DIA! hehehehhe.. boleh memandang kita seakan kita sempurna (lirik MALIQ & D'ESSENTIALS) =P ending dia, kita kena beri peluang coz ada peluang untuk kehidupan lebih HEAVEN!!!

Tiada apa yang dicintai melainkan dia,
Sambil menepis tuah yang diberi,
Aku mulakannya dengan malang yang meniup aku,
Sehingga terlena yang amat dalam mimpi aku,
Aku tetap ingin mencari senyuman dia,
Biarpun kalah untuk sekali sahaja,
tak bererti aku kalah selama – lamanya,
Biarpun aku mati sekali ini sahaja,
tak bererti cinta ini mati untuk selama –lamanya…

Thursday, April 21, 2011

Chapter 44 : Luahan lauk hati


Luahan lauk hati 

Dengan kata mulanya, ak ingin mengucapkan alhamdulillah dengan segala syukur kerana takde owg baca blog ak sgt... Da! :P ade sowg mmbe ak suh wat pasal luahan hati aku kat blog, so ni wat ak sebab dia tapi bukan  utk dia si farah(bukan name  sebenar)yer... hehehehe.. aritu aku ade tgk cite Before You Say I DO ni kat tv. Tibe2 ak jd taksub pulak, lg2 otak ak ni mcm jiwang karat gle. Baru ak lak terasa kan besh kalo ak leh jd macam mamat hero dalam cerita. ak nak balik masa silam n jd 1st love utk awek aku!!! hehehehe in your dream la ajim!!! tapi dh syukur dapat dia skang ni.. die mengajar ak susah nk dpt cinta. (macam ak ni player aje!) muka ak mcm playar ade hati nk player! (msti owg yg tgh bc blog ni msti ckp "bagus la die sedar diri") Kepada owg itu, nenek ko DAGING!! kita skang kena kurangkan da "B" word coz binatang tu pun idup bahagia jgk.. ape yang ak merepek ni setan! Bak kat cikgu Biologi, "If u think u are smart, so you have to be smart in your study as well. Good luck. Nobody can help you, unless yourself. Stop! dreaming!! & perasan". ak still simpan kertas kuiz Mak Cah tulis ayat ni. kalo ak jd PM kang, leh ar ak tunjuk kat dunia. tapi yang pelik, ak aje yang kena sound kaw2 sebab tulis nama "Azim Kacak!", mmbe ak farah (bukan name sebenar) tak kena pulak sedang name die pun ade tulis nama dia "Farah(bukan name sebenar) Cantik!".  hehehehehe... ak tak penah nak amik serious dalam idup, tak tau apehal, mungkin ade dalam baka kot yang diturunkan dari turun temurun, tah2 ak ni baka cmpuran mcam durian musang king.. confident level lg la!! mcm kate awek ak 0.5 ... dh la kamu tu tak berape putih ajim! masa depan pun gelap jgk. hahahaha... mmg gelap pun sbab keje kat kilang getah.. balik keje abis hitam macam tayar kete.. gile btul! lps bos pulak mcm daging pulak tu... bila untung gi bercuti jauh2 and bg keychain aje kat kitaowg, bile rugi, mula la tolak segala2 yer, nk check ot wat ape la, setiap saat die nk kira!!! Mmg Daging!! terasa lega ckit dpt luahkan an an.. hehehehehe.. ilang stress ak slama 4.3566245 saat... 

Kesimpulannya adalah kita haruslah menjadi lebih dari ape yang kita mimpikan... kalo tak, jd la macam ak, asyik dreaming n perasan smpai Mak Cah pun marah.. hehehehe.. 

Sunday, April 17, 2011

Chapter 43: Kata Chentanya


Kata chentanya

Mencubit lelangit dengan setiap katanya,
Bunga mula terukir di lidah dia,
Ombak-ombak kata pula memukul aku,
Memikirkan dia sudah berubah,

Menjadi dewi yang tiada kayangannya,
Realiti diri mula tersedar pada nyata,
Penuh kesyukuran aku menanti dia,
Dengan hati dan jiwa yang baru,

Walaupun lama aku tetap setia,
Memilihkan dia atau dia sahaja,
Bagi cintaku tiada kata putus asa,
Kerana aku tahu dia hanyalah satu,

Seindah kata chentanya yang bermain di bibirnya…

Sunday, April 10, 2011

Chapter 42 : Rusukku


Rusukku

Salam Si Hawa,
Dunia dengan tawa,
Yang menanti si adam,
Melubuk cinta yang dalam,

Menantimu dimalam yang sepi,
Merinduku dengan sepenuh hati,
Pagi yang ditempuhi suram,
Kerana berdebar ketemu dia,

Kubawa dia ke melihat dunia,
Seakan-akan tenang itu mendatang,
Berdua meninggalkan akal dan nyawa,
Hanya jasad bersama diriku dan dia,

Sesungguhnya si hawa itu dari tulang rusuk si adam…

Friday, March 25, 2011

Chapter 41 : Jernih Langit


Jernih Langit

Jernih langit,
Seperti wajahnya,
Menenangkan jiwaku,
Mendebarkan sejuta hati,

Biarpun dia hanya satu,
Lemah untuk bernafas,
Kerana sedikit demi sedikit,
Nafas aku adalah dia,

Merungkai sebuah cinta,
Yang pastinya akhirat,
Gembira dahulu,
Resah tetap datang,

Kenapa dia?
Kenapa aku?
Kenapa cinta?
Tetap aku tidak tahu,

Takkan biarkan langit itu keruh,
Kerana aku tahu diapun tetap menunggu aku…

Monday, March 14, 2011

Chapter 40 : Lena

Lena

Mengadap aku keatas,
Mulalah berkembang,
Bunga-bunga mimpi,
Sambil debunga senyum,

Melihat kita merantau,
Ke pintu alam lena,
Meninggalkan maya,
Untuk meneruskan jalan,

Memegang tangan kita,
Untuk buang resah,
Bagai awan dan hujan,
Yang tetap bahagia,

Biarkan lena panjang,
Agar aku mengenal,
Siapakah dia itu?
Sambil menatapnya,

Merak tidak indah,
Dibandingkan dirinya,
Apatah lagi bidadari,
Yang hanya menangis,

Untuk sejelita dia,
Saat itu seketika,
Untuk berkongsi tawa,
Supaya tiada semalam,

Putuskan diri aku,
Dari segala realiti,
Kerana fantasia itu,
Dihantui dengan dia,

Pagi akan muncul,
Lena akan hilang,
Bahawa dia mimpi,
Sejelita berlian,

Seindah pena menulis,
Selamat tinggal dia lagi…

Sunday, March 6, 2011

Chapter 39 : Liar


Liar

Putaran dia semakin terasa,
Bila ia semakin rapuh lagi,
Aku yang menerima semua,
Dia terus membutakan katanya,

Hawa mula hilang di dalam dirinya,
Si adam terus mendiam lagi,
Tanpa memikirkan apa-apa alasan,
Atau hanya pandai berfikir,

Tiap kali dia memutarkan lidahnya,
Si adam akan terus memegang hati,
Membulatkan segala petah si hawa,
Diakhirnya aku bagai pasir di pantai,

Di dunia ini tiada lagi cantik bagi dia,
Berbolakan mata biru yang palsu,
Lidah yang dipenuhi mawar berduri,
Membiarkan aku terus terkelu,

Kuharapkan tak semua hawa begitu,
Biarlah semua adam terus setia lagi,
Kerana cinta tidak akan mati,
Mahupun pupus di hati semua manusia…

Tuesday, March 1, 2011

Chapter 38 : Terbang


 Terbang

Bebas dan bebas tanpa melihat bawah,
Tinggi setinggi langit ke tujuh,
Mengibarkan sayap sebesar alam,
Untuk melindungi dunia yang fana,

Melengkapi segala tawa dan resah aku,
Menyirami awan dengan kasih sayangnya,
Membasahi dengan renyainya ke alam,
Cukup menumbuhkan cinta di hati aku,

Burung-burung turut menemani dia terbang,
Meraikan hari-hari yang berlalu indah,
Jika mula rebah dunia di masa ini,
Aku akan rasa puas yang tidak terhingga,

Kerana telah turun dari terbangnya iaitu cintaku…

Saturday, February 26, 2011

Chapter 37 : Lidahnya Semanis Gula


Lidahnya semanis gula

Diumpamakan seakan mimpi,
Pada hakikatnya realiti,
Terasa akan kemanisannya,
Terpaku untuk diri aku,

Seakan mulanya satu cerita,
Jika hidup yang dikata,
Indah sedalam-dalam lautan,
Tapi ia mula perlahan-lahan,

Bumi berputar melarikan paksinya,
Hilang gelap di langit yang cerah,
Terus mati si takut di hati,
Mengindahkan salju dengan warna,

Bersyukur aku padaNya,
Aku memilihkan dia sebagai jelita di dalam hidupku…

Sunday, February 20, 2011

Chapter 36 : Dari Kecil


Dari Kecil

 Pernah aku fikirkan tentang semalam, 
Walaupun hari besok tetap akan hilang,
Bukan untuk seketika waktu saja,
Tetapi mengabadikan masa yang berlalu,

Sejak dari kecil kita diajar untuk bersatu,
Mencari teman walau tak kira waktu,
Mula keluar dari kepompong yang indah,
Mengenal betapa kejam dunia sebenar,

Mungkinkah manusia tetap akan lupa,
Biarpun sejarah itu sudah bercerita,
Tetap ia akan mengelonsor ke bawah,
Menghayun di buaian penuh khayalan,

Biarkan aku terus membesar hingga ke tua,
Dan tidakkan aku melupakan masa kecil aku…
 

Wednesday, February 9, 2011

Chapter 35 : Badut


Badut

 Jika bapa aku seorang badut,
Bolehkah membuat aku senyum?
Di setiap hari hidup aku,
Di ketika aku mengenal dunia,

Jika bapa aku seorang badut,
Bolehkah dia mempersembahkan indah?
Indah ketika aku tiada ada apa lagi,
Hanya mula dengan jasad saja,

Adakah dia akan menjadi badut,
Walaupun hanya untuk sekali saja,
Untuk memikirkan siapa kami disini,
Berikan senyuman di wajah kami,

Seakan-akan masa berlalu pantas,
Si badut akan memperlahankannya,
Walaupun tiada beza diluar kami,
Di hati kami cukup merasanya,

Biarkan badut itu sedih,
gembira atau marah,
sesungguhnya dia pasti,
akan merahsianya pada umum,

kerana dia tahu yang penting itu dikelilingnya,
dan mulanya mencintai, diakhirnya dia akan dicintai dunia…

Saturday, February 5, 2011

Chapter 34: Pulang


Pulang

Beribu batu ditempuhi,
Untuk pulang melihat mereka,
Mencari segala keceriaan lagi,
Untuk menyambut satu keriangan,

Menjeling wajah-wajah yang sepi,
Merenung segala hiba yang pergi,
Tumpah maut tiada halangan,
Demi menyatukan segala hati tawa,

Mula hingga menjadi besar,
Ditambah setiap tahun untuk keriangan,
Tua itu yang akan dihormati,
Tiada yang perkataan mengambarkannya,

Mahu aku pulang melihat seribu wajah yang ceria lagi…

Tuesday, February 1, 2011

Chapter 33: Takut

Takut 

Tiada air terbentuk,
Tiada cinta mengalir,
Datang hanya sekali,
Membunuh sampai mati,

Seakan tiada mimpi,
Tapi kerana harapan,
Hati mula merusuh,
Biar takut mula berlari,

Sejak kecil aku berdiam,
Sejak tua aku berkata,
Bicara tentang masa,
Melakar sejarah silam,

Ingat segalanya ajal,
Tiada kurang yang ditambah,
Tiada lebih yang ditolak,
Mula abadi persoalannya,

Untuk harapan yang ada,
Untuk dia yang akan tiada,
Harus diteruskan juga,
Membuta di hati nyata,

Biarkan dunia rebah,
Kerana sudah letih,
Melayankan kita yang lemah,
Untuk generasi besok,

Diketika malam hilang,
Siang tiada ingatan,
Kita akan lari sekali lagi,
Mengejar nyawa mati,

Tamat satu kisah disini,
Tamak pun mula hilang,
Takut akan lenyap lagi,
Menjawab persoalan dunia,

Agar semua akan berjumpa lagi…

Monday, January 31, 2011

Chapter 32 : Magik


Magik


Keluhuran hatinya melahirkan satu kata noktah,
Noktah tanpa mencari pengantinya,
Turunnya merpati itu seperti sebuah magik,
Cuba untuk menyinari hati gelap si dia,

Mula seakan sepi lebih melenyapkan dari diri dia,
Lebih kehadiran cahaya keceriaan di wajah dia,
Mencurah-curah tawa dari sinar mata dia,
Tetapi pada nyata ia menyedarkannya,

Mencelikkan si buta tanpa sedarnya,
Fikiran mula melayang entah kemana,
Seakan jasad seperti bidadari hilang sayapnya,
Sukar untuk difahami dan untuk memahami,

Kerana di hati dia tak dapat lupakan luka lama…

Monday, January 24, 2011

Chapter 31: Mati lagi cinta ini?

Mati lagi cinta ini?

Nazak aku untuk memikirkan cinta ini lagi,
Hidup seperti berodakan bintang yang tajam,
Merakuskan jalanan-jalanan hingga berdarah,
Menumpulkan segala bucu-bucu yang tajam,

Hatinya mula mematikan cinta itu lagi,
Helaian rerambut cinta mula gugur tanpa henti,
Boneka kehidupan aku mula dimainkan semula,
Bermula opera cinta yang bodoh tentang kita,

Hanyut dalam mimpi yang ngeri lagi,
Lena sedalam-dalam laut yang tiada hingganya,
Jaga setinggi-tinggi langit yang tiada hujungnya,
Memutuskan kilauan mentari dengan biasannya,

Diam dan terus diam, hingga mati itu hanyalah satu jawapan lagi…

Wednesday, January 19, 2011

Chapter 30 : Kepong

Kepong

Mula aku menuju ke jalan itu,
Sesat sambil mencari jalan baru,
Untuk menutup terowong lama,
Agar ia gelap menjadi lebih suram,

Masih aku mengingati dia,
Disaat pertemuan yang riang,
Sukar melupakan waktu itu lagi,
Kerana dia akan semanis dia,

Diakhir perjalanan yang tiada hujung,
Meruntuh memori kasih sayang,
Suara yang mampu menumbangkan,
Laju untuk meninggalkan itu,

Masa untuk pergi dari sini,
Bukan untuk kesana,
Pergi melupuskan dia dari cinta,
Dan hantu luka mula hilang,

Untuk menjadi kuburan mainan syurga neraka aku… 

Thursday, January 13, 2011

Chapter 29 : Sempurna

Sempurna

Aku takut pada dia yang bernama cinta,
Memperbodohkan apa yang dikatakan dengan rindu,
Menyiksa apa yang tidak menjadikan dia sempurna,
Tipu aku untuk mencari perasaan yang bahagia,

Cuba aku menyelami di dalam dunia syurga ku,
Sesaat seperti tiada bezanya apatah lagi seminit,
Menunggu kilauan yang tidak pernah sinar untuk aku,
Haruskah aku ataupun dia memulakannya,

Menanti sambil menanti dengan tanpa hirau,
Cuma harapan penuh di hati yang kosong,
Menghilangkan rindu yang tak pernah ada,
Kosong demi kosong itu yang ku sepikan,

Biarlah jawapannya adalah dan hanyalah dia…

Wednesday, January 5, 2011

Chapter 28 : Silam

Silam


Datang mencurangi wahai si masa,
Agar ia pantas berlalu pergi,
Datang membunuhi wahai si cinta,
Agar ia makin kejam untuk dihadapi,

Silam terungkit secara tiba-tiba,
Menghilangkan segala hiba dan luka,
Meringkuk di di dalam hati yang penuh tawa,
Bagaikan dia tetap sempurna,

Mula lelap si hati yang celik,
Memerlukan lagi cahaya yang terang,
Moga tiada lagi jalan untuk dipilih,
Meronta untuk yang satu lagi harapan,

Lupuskan segala masa depan untuk mengenang masa silam dia…

Saturday, January 1, 2011

Chapter 27 : Lemparan Chenta

Lemparan chenta

Melihatnya dengan si mata,
Tapi bercinta pada si hati,
Menangisnya dengan si mata,
Tapi terluka pada si hati,

Dengan ribuan pilu tentang kita,
Sahabat atau teman itu hanyalah dusta,
Menilik masa silam yang punah,
Mengenang masa depan yang cerah,

Hina semakin hina kita dibuatnya,
Sedikit demi sedikit cinta mengejek kita,
Biarkan itu penuh dengan dusta belaka,
Manis pula kian menghilang menjadi tawar,

Biarkan si pipit memilih si pipitnya,
Dan enggang terus bersama si enggang…