Saturday, February 26, 2011

Chapter 37 : Lidahnya Semanis Gula


Lidahnya semanis gula

Diumpamakan seakan mimpi,
Pada hakikatnya realiti,
Terasa akan kemanisannya,
Terpaku untuk diri aku,

Seakan mulanya satu cerita,
Jika hidup yang dikata,
Indah sedalam-dalam lautan,
Tapi ia mula perlahan-lahan,

Bumi berputar melarikan paksinya,
Hilang gelap di langit yang cerah,
Terus mati si takut di hati,
Mengindahkan salju dengan warna,

Bersyukur aku padaNya,
Aku memilihkan dia sebagai jelita di dalam hidupku…

Sunday, February 20, 2011

Chapter 36 : Dari Kecil


Dari Kecil

 Pernah aku fikirkan tentang semalam, 
Walaupun hari besok tetap akan hilang,
Bukan untuk seketika waktu saja,
Tetapi mengabadikan masa yang berlalu,

Sejak dari kecil kita diajar untuk bersatu,
Mencari teman walau tak kira waktu,
Mula keluar dari kepompong yang indah,
Mengenal betapa kejam dunia sebenar,

Mungkinkah manusia tetap akan lupa,
Biarpun sejarah itu sudah bercerita,
Tetap ia akan mengelonsor ke bawah,
Menghayun di buaian penuh khayalan,

Biarkan aku terus membesar hingga ke tua,
Dan tidakkan aku melupakan masa kecil aku…
 

Wednesday, February 9, 2011

Chapter 35 : Badut


Badut

 Jika bapa aku seorang badut,
Bolehkah membuat aku senyum?
Di setiap hari hidup aku,
Di ketika aku mengenal dunia,

Jika bapa aku seorang badut,
Bolehkah dia mempersembahkan indah?
Indah ketika aku tiada ada apa lagi,
Hanya mula dengan jasad saja,

Adakah dia akan menjadi badut,
Walaupun hanya untuk sekali saja,
Untuk memikirkan siapa kami disini,
Berikan senyuman di wajah kami,

Seakan-akan masa berlalu pantas,
Si badut akan memperlahankannya,
Walaupun tiada beza diluar kami,
Di hati kami cukup merasanya,

Biarkan badut itu sedih,
gembira atau marah,
sesungguhnya dia pasti,
akan merahsianya pada umum,

kerana dia tahu yang penting itu dikelilingnya,
dan mulanya mencintai, diakhirnya dia akan dicintai dunia…

Saturday, February 5, 2011

Chapter 34: Pulang


Pulang

Beribu batu ditempuhi,
Untuk pulang melihat mereka,
Mencari segala keceriaan lagi,
Untuk menyambut satu keriangan,

Menjeling wajah-wajah yang sepi,
Merenung segala hiba yang pergi,
Tumpah maut tiada halangan,
Demi menyatukan segala hati tawa,

Mula hingga menjadi besar,
Ditambah setiap tahun untuk keriangan,
Tua itu yang akan dihormati,
Tiada yang perkataan mengambarkannya,

Mahu aku pulang melihat seribu wajah yang ceria lagi…

Tuesday, February 1, 2011

Chapter 33: Takut

Takut 

Tiada air terbentuk,
Tiada cinta mengalir,
Datang hanya sekali,
Membunuh sampai mati,

Seakan tiada mimpi,
Tapi kerana harapan,
Hati mula merusuh,
Biar takut mula berlari,

Sejak kecil aku berdiam,
Sejak tua aku berkata,
Bicara tentang masa,
Melakar sejarah silam,

Ingat segalanya ajal,
Tiada kurang yang ditambah,
Tiada lebih yang ditolak,
Mula abadi persoalannya,

Untuk harapan yang ada,
Untuk dia yang akan tiada,
Harus diteruskan juga,
Membuta di hati nyata,

Biarkan dunia rebah,
Kerana sudah letih,
Melayankan kita yang lemah,
Untuk generasi besok,

Diketika malam hilang,
Siang tiada ingatan,
Kita akan lari sekali lagi,
Mengejar nyawa mati,

Tamat satu kisah disini,
Tamak pun mula hilang,
Takut akan lenyap lagi,
Menjawab persoalan dunia,

Agar semua akan berjumpa lagi…