Monday, October 25, 2010

Chapter 16: Dia yang bernama Chenta

Dia yang bernama Chenta

Di kala malam menanti dia,
Siang pula menjelma untuk memilikinya,
Kabus menelan segala duka dan laranya,
Embun pula mula mengikut rentak air matanya,

Setitik demi setitik air mata mula membasahi bumi,
Aku cuma mahu secepis dari hatinya,
Tapi hanya kebencian yang diberikannya,
Biarkan dia kosong meniti jambatan itu,

Kerana aku sedia menantinya dibawah  ketika dia jatuh…

Wednesday, October 20, 2010

Chapter 15 : Harapan Kosong



Harapan kosong

Memberi harapan seperti si ibu,
Memberi dusta seperti si bapa,
Mula menangis bagai awan berarak kelabu,
Tiada lagi tawa dan baginya hanyalah hampa,

Resah untuk melihat pada masa hadapan,
Luka bila melihat pada masa silam,
Celaru menghidupkan bau-bauan harum benci,
Ingin meniti kaca yang tajam bersama teman,

Lari, lari dan terus berlari sehingga hilang semua,
Dongak untuk melihat bawah yang tiada penhujung,
Biarkan teman aku cuba menyambut aku di depan,
Penuh dengan harapan aku cuba bangkit,

Ku harapkan satu bukannya dua atau tiga impian aku dikecapi,
Berdirilah di belakang aku untuk menemani aku sehingga mati…

Saturday, October 16, 2010

Chapter 14 : Indah

Indah

Seindah-indah wanita itu,
Adalah seindah-indah agama pada dirinya,
Seindah-indah lelaki itu,
Adalah seindah-indah ilmu di akalnya,

Waktu kematian itu datang hanya sekali,
Tapi berjuta-juta tangisan mula membasahi bumi,
Waktu tu saja menjadi penghalang bagi kita,
Tentang kisah cinta bagi si adam dan hawa,

Biarkan ia menjadi rahmat pada kita,
Lupus segala memori kita di minda,
Tetapi di hati tetap mengingati kamu,
Sambil menunggu kau di syurga kita,

Setiap detik itu aku menanti kamu kerana chenta…

Wednesday, October 13, 2010

Chapter 13 : Angin

Angin


Berbisik aku pada angin,
Menanya samada dia masih menanti,
Menanti untuk kisah cinta ini bermula,
Menanti untuk mengakhiri kisah ini,

Malam mula mengikuti dia,
Untuk menyatakan resah aku pada dia,
Resah untuk mengingati wajahnya,
Resah untuk melupakan senyumannya,

Persoalan demi persoalan meliar di minda,
Tiada waktu yang menfakirkan aku,
Luahan hatinya adalah bagi jawapan aku,
Merpati itu mula menampakkan sayapnya,

Kerana cinta itu sesuatu yang akan diraikan oleh manusia...

Saturday, October 9, 2010

Chapter 12 : Ain



Ain

Girls are symbol of hope,
Hope that you can grab,
But sometime you better let it be,
Be like stars at the sky,
Watch it brighten the night,

And you know,
That you will never get that stars,
Stars that you always hoping for,
I don’t want you to be that star,
Just want you to be in my heart,
Because you are more than hope,

You are my desire…

Friday, October 1, 2010

Chapter 11 : Kawan



Kawan

Dulu ramai penuh dengan damai,
Girang dan tawa dikongsi bersama,
Dulu tiada apa yang berharga,
Kerana wang seperti dedaun yang luruh,

Luruh yang tidak pedulikan,
Dan hanya dibiarkan terbang dengan si angin,
Cinta pun tiada mendekati hidup kami,
Kerana tanpa cinta kami tidak mengenali dusta,

Takut aku untuk bertemu besok,
Kerana semalam tidak mudah untuk dilupa bagi kami,
Masa tetap akan tetap menjadi masa,
Berlalu tanpa menghiraukan siapa kita,

Aku berharap kemudaan itu adalah satu pilihan dalam hidup aku,
Tua hanyalah tinjauan dari jendala hidupan aku…