Thursday, December 23, 2010

Chapter 26: Sesat

Sesat


Entahkan Bidadari!
Entahkan Malaikat!
Berdiri di hadapan seorang kekasih,
Namun dihati menunggu iman,

Merosakkan titik-titik noda itu,
Agar cinta sesuci si putih,
Berpujanggakan si laungan sepi,
Bermahkotakan serinya ayu,

Mimpi malam tanpanya bagaikan duka,
Mimpi siang tanpanya bagaikan hiba,
Cinta mula merasuk dalam diri,
Sambil berdiri di simpang yang bercabang,

Ia mula menyesatkan aku ke dalam syurga hati aku lagi… 

Sunday, December 19, 2010

Chapter 25 : Melangit ke bawah


Melangit ke bawah

Kurnianya bagaikan melodi indah kalbuku,
Melunaskan pucuk-pucuk kehibaan diriku,
Mencari sesuatu yang tidak akan hilang,
Senyuman dan tawa manis dibibirnya,

Mekarnya bunga hidupku bagai disirami cintanya,
Mengalirnya keringat dari mata palsuku,
Seakan akan benci mula menuding pada aku,
Seolah-olah ia akan lenyap begitu saja,

Diatas hanyalah menjadikan duri duri duka dia,
Dibawah pula mengasah pisau luka hatiku,
Aku mula terhimpit pada tengah – tengah,
Sampai terkulai layu tanpa jiwa dan raga lagi,

Menolak dunia ke hujungnya dan biarkan ia menamatkan cinta kita…

Tuesday, December 14, 2010

Chapter 24 : Lenyap


Lenyap


Pernahkah dia hadir dia dalam diri aku?
Atau hanya mawar berduri di dalam hidup ku,
Cantik bila dilihat dengan mata ku,
Tetapi luka bila disentuh dengan jari-jemariku,

Mati masa ketika aku melihat dirinya,
Resah gelisah dengan degupan hati aku,
Putih suci wajahnya pada tatapan aku,
Pilu dapat menyirami diriku jika dia tiada,

Tuhan biarkan cinta ini lenyap dalam diri ini,
Kerana si teruna terus biarkan ia sepi,
Dan si dara hanya penuh dengan laranya,
Nescaya cinta akan hilang lagi dalam diriku,

Selamat tinggal cintamu… 


The coolest thing about life, we never know when it gonna end. Same jugak cam cinta, sometime manusia leh jadi total freak pasal cinta. Sanggup buat keje bodoh and silly just nak capai sesuatu yang kita akan dapat and kadang2 tak dapat langsung but manusia never give up. That is the power of love, kita takut that power will be powerful beyond measure. Keindahan itu berada dimana-mana tapi untuk yang 1 itu hanya dilihat dari hati seseorang. Tapi mengapa cuba melawan takdir yang tidak akan pasti, mungkinkah kerana sifat manusia yang terlalu egoistik dan angkuh dengan apa yang mahu kecapi. Bicaralah mereka tentang lakonan yang tidak menjadi famous and glamorous tetapi hanya dipenuhi dengan bunyi – bunyian yang kosong. Biarkan mereka terjun kedalam alam yang tidak pernah tahu apa itu malaikat dan syaitan, hanya hidup dan mati mereka menjadi perjudian yang nyata. Lelaki dan wanita semuanya bodoh untuk menilai sesuatu, apabila sesuatu sudah tiada mula terasa seperti kehilangan yang tidak ada gantinya.

Monday, December 6, 2010

Chapter 23 : Gorgeous


Gorgeous


Did I saw a beauty in front of me?
Or she just my imagination?
Just let me see her again, again and again,
Until I can’t see anything anymore,

But let the beauty be the last thing I see,
Before all of this become dark,
I just want to tell her how much I love her,
Because my heart can’t stop thinking of her,

Maybe not today or not tomorrow,
But someday if I have a chance,
I want to tell her how much I love her,
And let that day be my last of glory…

Wednesday, December 1, 2010

Chapter 22 : Chapter yang hilang


Chapter yang hilang


Dimulakan dengan penuh kata cinta,
Diakhiri dengan seribu kebencian,
Pada dirinya dan pada diri aku,
Terpaksa memadamkan segala talian,

Kenangan itu tetap menghilang,
Termusnah dengan segala mimpinya,
Biarkan si pipit memilih pipitnya,
Dan si enggang dibiarkan sepi,

Helaian demi helaian cinta mula gugur,
Limpahan duka mula mengaburi mata,
Terkoyaklah muka surat itu dari buku,
Agar bab kehidupan itu hilang,

Untuk meneruskan hidup, untuk mendekati si mati, supaya manusia sedar…