Monday, October 10, 2011

Chapter 61 : Juta


Juta

Persahabatan bila timbul dia,
Timbulnya aku atas cinta,
Runsing tapi dia tetap sama,
Menjutakan senyuman pada dia,

Kekal utuh menjadi tugu indah,
Yang tak hilang di hati ini,
Kronik bunyi degupan itu,
Menandakan dia hanya satu,

Seakan merpati yang terbang,
Terbang berputar di minda aku,
Seakan aku turut ringan di udara,
Bersama dia agar kekal bahagia,

Kita adalah sama tapi cinta yang membezakan kita,
Demi menjutakan semua perasaan di dalam hati kita…

Senyumlah wahai manusia walaupun ade dilema dlam cinta, tak payahla nk termenung sini sana... just enjoy love eventhou it painful.. hahaha.. cinta ni lebih kurang macam choclair, mesti ade suprise di dalam dia.. i just wanna make her smile forever biarpun ak mati skali pun dia tetap akan senyum.. =P

Monday, October 3, 2011

Chapter 60 : Plus Minus


Plus Minus

Jujur dikenali sebagai dia,
Dusta dikenali sebagai aku,
Merobek sebuah kisah cinta,
Seakan dunia berputar kerana kita,

Diwarnai seri wajah dia,
Kerana dia setiap saat dalam aku,
Aku akan menghargai dirinya,
Bukan dengan kata dusta,

Tapi dengan kata syurga dunia,
Mengharumkan bau-bauannya,
Mengindahkan si dia sempurna,
Menafaskan hembusan dunia aku,

Untuk mengekalkan dia di akhirat aku lagi……..

dunia ini penuh dengan dosa, walaupun kita tahu ia hanyalah larangan tapi ia tetap dilakukan. mungkin ia sudah menjadi satu kebiasaan pada kita sebagai manusia atau hanya manusia sanggup membutakan mata untuk membiarkan apa yang dikatakan dosa itu dilakukan oleh manusia lain. Dari mana datangnya kata dusta dari diri ini, mulut?? hati ?? minda?? roh??? persoalan demi persoalan mula akan terungkai kalau umur kita semakin mengecil. Tiada apa yang berbeza dalam dunia cinta... biarkan tetap sempurna segalanya... :)