Monday, October 3, 2011

Chapter 60 : Plus Minus


Plus Minus

Jujur dikenali sebagai dia,
Dusta dikenali sebagai aku,
Merobek sebuah kisah cinta,
Seakan dunia berputar kerana kita,

Diwarnai seri wajah dia,
Kerana dia setiap saat dalam aku,
Aku akan menghargai dirinya,
Bukan dengan kata dusta,

Tapi dengan kata syurga dunia,
Mengharumkan bau-bauannya,
Mengindahkan si dia sempurna,
Menafaskan hembusan dunia aku,

Untuk mengekalkan dia di akhirat aku lagi……..

dunia ini penuh dengan dosa, walaupun kita tahu ia hanyalah larangan tapi ia tetap dilakukan. mungkin ia sudah menjadi satu kebiasaan pada kita sebagai manusia atau hanya manusia sanggup membutakan mata untuk membiarkan apa yang dikatakan dosa itu dilakukan oleh manusia lain. Dari mana datangnya kata dusta dari diri ini, mulut?? hati ?? minda?? roh??? persoalan demi persoalan mula akan terungkai kalau umur kita semakin mengecil. Tiada apa yang berbeza dalam dunia cinta... biarkan tetap sempurna segalanya... :)

No comments:

Post a Comment