Thursday, April 19, 2012

Chapter 74 : Tiada...


Tiada…

Mencari teman,
Hitam putih,
Kelabu atau kuning,
Sentiasa ada ketika hening,
Tak hilang dikejar,
Semasa aku berlari,
Tak hilang sabar,
Semasa aku pergi,
Mati untuk kita senyum,
Duka untuk kita tawa,
Mari ke situ lagi,
Agar dunia berbeza,
Tinggal kita berdua,
Usah kita beramai,
Lagi kucar, lagi bising,
Mahukan tenang lagi,
Bagaikan angin bisik,
Air detik mengalir,
Tapi semuanya tiada lagi,
Semuanya impian lagi,
Biar tiada dimata,
Tetap ada dihati,
Menjadi sebuah peta,
Sebelum aku mati…

Friday, April 13, 2012

Chapter 73 : Wanita adalah fantasi aku...


Wanita adalah fantasi aku…

Chenta bermula dengan puisi,
Diakhiri untuk ditangisi,
Kian gembira kian sedih,
Entah tawa entah pedih,
Merumus segala fizik itu,
Agar semua menjadi celik,
Bukan bodoh untuk dijelik,
Haru tersebar indah,
Takkan jauhari mengenal manikam,
Biar hodoh dari pandangan,
Tapi jelita di pintu udara,
Mengapung segala cantik,
Itulah dia bidadari khayalan,
Menanti langit menjadi biru,
Sedang kelabu adanya pelangi,
Pergilah engkau Pergilah lagi,
Agar aku bahagia dengan realiti aku,
Takkan tertelan semua fantasi ini…

Wednesday, April 11, 2012

Chapter 72 : Die-ant..



Die-ant…  

Aku bermimpi tentang dia semalam,
Mimpi penuh dengan senyumannya,
Dengan harapan ia kekal abadi,
Tapi tetap akan hilang di kanta mata,

Cuma dalam fikiran akan menanti,
Supaya ia dapat diputar kembali,
Betapa indah saat yang lama,
Penuh dengan kenangan indahnya,

Mengecapi segala bintang di atas,
Belum tentu sama seperti dia,
Menyerlah dari jutaan bintang,
Apatah lagi semua bidadari syurga,

Mengaburkan mataku dengan hitam putih,
Akan tetapi hanya dia tetap berwarna indah…

Thursday, April 5, 2012

Chapter 71 : Setia engkau kepada satu...

Setia engkau kepada satu..

Menopeng hati nafsu,
Sekilas tumpah mati,
Menyelaputi ke cinta,
Tak mudah hilang lagi,

Lena dalam jaga,
Sepi terus mengekang,
Sampai dia abstrak,
Tetap kaku tetap indah,

Melayang ke atas langit,
Sedangkan bulan ke mari,
Tak pernah hodoh bumi,
Selagi dia ada disisi,

Merayu aku pada dia,
Jangan pergi seri,
Walau aku tiada,
Aku tetap nanti,

Kalau di syurga cantik,
Pasti kerana adanya dia...