Thursday, January 26, 2012

Chapter 66 : Malaikat akan tipu ingatanku!


Malaikat akan tipu ingatanku!

Semua yang bermula pasti akan berakhir.
Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati.
Tiada apa yang lebih menyedihkan dari matinya cinta itu.
Mencari segala teman di dunia.
Tapi hanya untuk seketika nikmat itu.
Mempercayai ia akan hilang dengan masa.
Masa juga sering mengetuk pintu kesedihan itu.
Bagaikan kain kapan yang menutupi segala gembira.
Tak dapat mengubahkan putaran dunia dengan tangisan.
Meneropong jauh ke hadapan.
Langkah demi langkah untuk berjalan.
Mundur!
Makin aku cuba untuk melangkah ke depan.
Aku masih ditempat yang sama.
Tiada apa yang sama di minda.
Cuma jasadku saja.
Menginginkan aku dewasa.
Agar dapat melihat semua senang dan gembira.
Terjaga dalam malam aku.
Seakan matahari menjadi musuh.
Dengan tiada lagi besok.
Mungkin aku lebih gembira….

Thursday, January 12, 2012

Chapter 65 : Gelora Laut

Gelora Laut

Entah kemana fikiran kita,
Melupakan segala resah dunia,
Untuk membahagiakan buat ketika,
Dengan senyuman dan tawa,

Melihat dia cukup gembira,
Sampai bila takkan hilang,
Wajah seri sekuntum jelita,
Mekar merobek hati yang lara,

Untuk mencambahkan bunga hati,
Dan dapat taburkan ke laut itu,
Agar menjadi panduan kita,
Ketika tidak pernah sesat jauh lagi,

Biarpun ombak itu berdiri teguh,
Pasti kita akan dapat menempuhi ia jua…..       


Masa tetap berlalu pergi, entah lama entah sekejap. Merindui itu membunuh. apatah lagi untuk memikirkan tentang dia. Tentang marah, aku makin bercelaru. meneropong cahaya itu semula, aku mula sesat mencari tenangan. Nak dengar suara dia, nak lihat senyuman riang dia macam kat laut. Jangan biarkan dia bersedih. Kesakitan sementara ini, hanya dapat memadamkan kesakitan tentang dia untuk beberapa hari sahaja, keseronokan sementara ini, hanya dapat memadamkan kesakitan tentang dia untuk beberapa jam sahaja... Sumpah tetap menjadi sumpah... kehilangan akan menjadi lebih sempurna dengan pengorbanan. "Tuhan bila masih ku diberi kesempatan, izinkan aku untuk mencintanya, namun bila waktuku telah habis dengannya, biar cinta hidup sekali ini saja... " 

Thursday, January 5, 2012

Chapter 64 :Sorry untuk zionis inginkan engkau!


Sorry untuk zionis inginkan engkau!

Jikalau malaikat bertanya padaku,          
Dimanakah arah  keindahan dunia?
Aku terus tunjuk pada dia,
Tanpa perlu aku berfikir panjang,

Matanya mula menjadi pusaran,
Kepada manusia yang inginkannya,
Mula akan merakuskan gerak-geri,
Lupa untuk membezakan segala halal,

Gusarkah aku untuk mentapikan lagi,
Takut menjadikan dia tiada teman,
Supaya memandu peperangan diri,
Tanpa memerlukan arah tuju lagi,

Aku cuma dapat berharap dan berharap,
Supaya dia akan tabah menempuhi segalanya….

Disebalik tudung part 2... =P manusia inginkan dia akan tetapi dia hanya dapat berdiam sahaja... diam kerana sayang atau diam kerana dendam.. untuk menduduki syurga itu, kita kena menempuhi neraka jugak.. sedih berada di dunia yang tiada fantasi.. melayang tanpa dadah dan gembira tanpa arak, dan indah tanpa dia.. biarkan semua berlalu, bagaikan semut melintasi di kaki manusia..