Wednesday, October 20, 2010

Chapter 15 : Harapan Kosong



Harapan kosong

Memberi harapan seperti si ibu,
Memberi dusta seperti si bapa,
Mula menangis bagai awan berarak kelabu,
Tiada lagi tawa dan baginya hanyalah hampa,

Resah untuk melihat pada masa hadapan,
Luka bila melihat pada masa silam,
Celaru menghidupkan bau-bauan harum benci,
Ingin meniti kaca yang tajam bersama teman,

Lari, lari dan terus berlari sehingga hilang semua,
Dongak untuk melihat bawah yang tiada penhujung,
Biarkan teman aku cuba menyambut aku di depan,
Penuh dengan harapan aku cuba bangkit,

Ku harapkan satu bukannya dua atau tiga impian aku dikecapi,
Berdirilah di belakang aku untuk menemani aku sehingga mati…

1 comment:

  1. waaa i want review this on my blog..woootwoott

    ReplyDelete