Friday, October 1, 2010

Chapter 11 : Kawan



Kawan

Dulu ramai penuh dengan damai,
Girang dan tawa dikongsi bersama,
Dulu tiada apa yang berharga,
Kerana wang seperti dedaun yang luruh,

Luruh yang tidak pedulikan,
Dan hanya dibiarkan terbang dengan si angin,
Cinta pun tiada mendekati hidup kami,
Kerana tanpa cinta kami tidak mengenali dusta,

Takut aku untuk bertemu besok,
Kerana semalam tidak mudah untuk dilupa bagi kami,
Masa tetap akan tetap menjadi masa,
Berlalu tanpa menghiraukan siapa kita,

Aku berharap kemudaan itu adalah satu pilihan dalam hidup aku,
Tua hanyalah tinjauan dari jendala hidupan aku…


No comments:

Post a Comment