Saturday, September 25, 2010

Chapter 10 : Nur



Nur

Setiap cahaya itu adalah rahmat dari tuhan,
Tapi ada satu cahaya yang cukup terang,
Yang telah cukup membimbingkan aku,
Cahaya itu adalah seorang wanita dalam hidupku,

Wanita yang memenuhi jiwa aku dengan cintanya,
Aku mula alpa samada untuk memilih tuhan atau dia,
Kalungan kasihnya mula membawa aku ke badai airmataku,
Kerinduan terhadapnya mula mendampingi diriku,

Tiada masa yang melintasi difikiran aku bila bersamanya,
Seakan masa mula bergerak perlahan dan berhenti,
Sambil menatap wajahnya yang penuh dengan cahaya,
 Terdengarlah bunyi jantung yang bergerak lebih pantas,

Kecundang jua diri yang dianggap gagah selama ini,
Hanya dengan satu bedilan cinta dari wanita yang menawan…

Wednesday, September 8, 2010

Chapter 9 : Duka


Duka

Berpari-parikan lagu jiwanya,
Berkiasan dengan mimpi ngerinya,
Mula lena diigau perasaan sepinya,
Merangkak perlahan seperti tafsirannya,

Rosak dan punah dijilat waktu derita,
Dengan hanya berpaksikan pada dia,
Cinta aku mula terumbang-ambing,
Kerana tarikannya penuh dengan dusta,

Mati akan jiwanya pada dunia ini,
Deritanya memetaforakan pada cinta,
Luluh hati untuk memahami tawa palsunya,
Biarkan dia mencari senyuman nyata itu,

Kerana dia akan lebih indah dari bidadari di syuga itu…

Chapter 8 : Mangga Epal


Mangga Epal

Menanti aku saat bunyi loceng sekolah,
Untuk melihatnya dengan keayuannya,
Tidak aku dapat lupa pertemuan pertama,
Senyuman dan lambaiannya terukir di fikiran ku,

Menanti aku di pohon itu untuk dia,
Dengan harapan untuk melihat dia tersenyum,
Kerana setiap kali dia tersenyum manis pada ku,
Tersedar aku betapa indahnya dunia ini bersama dia,

Tawa mesra merendangkan pepohon hati aku,
Meredupkan suasana yang mendekati aku dan dia,
Sayangnya masa itu telah berlalu pergi,
Mengingati adalah suatu khayalan syurga dunia,

Pohon mangga epal itu akan kekal menjadi saksi tentang kita…

Chapter 7 : Nadyra



Nadyra

Aku telah temui sesuatu indah dalam hidupku,
Indah yang tidak boleh kecapi,
Dia hanya seperti halusinasi,
Sesuatu yang tidak boleh disentuh,
Tapi cukup dirasai di dalam perasaanku,

Hati ini sangat mencintainya,
Seperti kupu-kupu yang menyukai bunganya,
Tapi bilakah aku dapat untuk memilikinya,
Biarlah masa menjadi jawapan dalam kisah hidupku ini,

Setiap yang indah pasti akan datang di akhir cerita ini…

Thursday, September 2, 2010

Chapter 6 : Putus


Putus  

Langit mula mengeluarkan tangisan berdarah,
Dan juga berubah warna pabila melihat dia,
Bintang-bintang rebah dengan kesunyian ini,
Bulan tidak akan mudah untuk jatuh ke ribanya,

Matahari seakan-akan hilang tawa dan gembiranya,
Awan cuba menutup segala keceriaan dia,
Mengapakah dia mudah untuk melangkah pergi?
Meninggalkan sengsara demi cinta yang tiada penghujung,

Sedangkan tali itu putus tanpa memikirkan aku,
Benarkah cintanya itu hanya boneka bagi dia?
Ternyata satu hati akan menampakkan kematiannya,
Dirobek dengan halus dan penuh keseniaan olehnya,

Ku harapkan ada titik-titik akan bercantum menjadi garis yang lurus…