Sunday, March 6, 2011

Chapter 39 : Liar


Liar

Putaran dia semakin terasa,
Bila ia semakin rapuh lagi,
Aku yang menerima semua,
Dia terus membutakan katanya,

Hawa mula hilang di dalam dirinya,
Si adam terus mendiam lagi,
Tanpa memikirkan apa-apa alasan,
Atau hanya pandai berfikir,

Tiap kali dia memutarkan lidahnya,
Si adam akan terus memegang hati,
Membulatkan segala petah si hawa,
Diakhirnya aku bagai pasir di pantai,

Di dunia ini tiada lagi cantik bagi dia,
Berbolakan mata biru yang palsu,
Lidah yang dipenuhi mawar berduri,
Membiarkan aku terus terkelu,

Kuharapkan tak semua hawa begitu,
Biarlah semua adam terus setia lagi,
Kerana cinta tidak akan mati,
Mahupun pupus di hati semua manusia…

No comments:

Post a Comment