Thursday, April 19, 2012

Chapter 74 : Tiada...


Tiada…

Mencari teman,
Hitam putih,
Kelabu atau kuning,
Sentiasa ada ketika hening,
Tak hilang dikejar,
Semasa aku berlari,
Tak hilang sabar,
Semasa aku pergi,
Mati untuk kita senyum,
Duka untuk kita tawa,
Mari ke situ lagi,
Agar dunia berbeza,
Tinggal kita berdua,
Usah kita beramai,
Lagi kucar, lagi bising,
Mahukan tenang lagi,
Bagaikan angin bisik,
Air detik mengalir,
Tapi semuanya tiada lagi,
Semuanya impian lagi,
Biar tiada dimata,
Tetap ada dihati,
Menjadi sebuah peta,
Sebelum aku mati…

No comments:

Post a Comment