Saturday, February 23, 2013

Chapter 80 : Tiada aneh

Tiada aneh

Berintikan sepi,
Bersarungkan mimpi,
Malam tetap suram,
Untuk hilang segala geram,

Tidak tahu dunia kosong,
Ramai cumanya jasad,
Di hati tetap mati,
Meratah mimpi kembali,
Agar realiti tetap realiti,

Kabut masa berserabut,
Pangkal ajal maut menanti,
Duka hilang berganti lagi,
Semua tidak akan hilang,

Bersama merak untuk si helang,
Pupusnya helang bukannya kerana merak,
Kerana egonya untuk memiliki,
Tiada korban, ini hanya masa depan,

 Menjalar lagi satu harapan,
Untuk hidup bersisip persoalan,
Lenalah semua malam ini,
Supaya besok penuh dengan harapan…..


Sunday, December 23, 2012

Chapter 79 : Flowers and the insert negatives…


Flowers and the insert negatives…

For she came as a friend,
But end up being unheard,
The cursed of loneliness,
Just like blood in my vein,

Never apart and always be pain,
Cry lady cry lady,
Bear the tears about him,
Even angels need a saviour,

Only god can help us all,
Just share your problem,
Chase the world beyond him,
Brighter future is in front of you,

Sorry to Not Imagine Ending Such Arragont….            

Saturday, September 15, 2012

Chapter 78 : Harapan ambil nadi ingatan saya....




Harapan ambil nadi ingatan saya… 

Karya indah manusia untuk manusia,
Agar semua tahu tentang dia,
Dia dan kecantikan hati dan dirinya,
Apatah lagi dua matanya bagaikan bintang,

Terang menyuluh terus ke lubuk hatiku,
Bercerita pula aku tentang senyumannya,
Menutup pandangan aku pada bidadari syurga,
Mentawakan aku ketika aku berduka hampa,

Angin bawa aku terbang dengan dirinya,
Pergi ke arah impian yang diidaminya,
Untuk kita kecapi bersama-sama selamanya,
Tanpa menghiraukan duniawi dan realiti ini,

Tapi entah kenapa jalan itu tetap samar bagi aku,
Disebalik semua ini tetap indah bagi diriku…

Monday, June 4, 2012

Chapter 77 : Antara serpihan ruang ikatan layu...


Antara serpihan ruang ikatan layu...

Jauh jauh lagi dia pergi,
Lama tetap lama menanti,
Kian dewasa kian berubah,
Agar menoktah cinta lamanya,
Luka lama ditikam lebih dalam,
Tiada lagi parah hanya bisa,
Menutup segala benci dan lara,
Untuk mendapat senyuman berbisa,
Mendatangkan diri ke segitiga,
Walau bulatan kita makin pudar,
Menyepi bukanlah jawapannya,
Soalnya tentang kita dan dunia,
Dunia tanpa penghujungnya,
Dunia yang dianggap petak,
Seakan kita seperti kanak-kanak,
Marah seketika, gembira selama-lamanya,
Seakan tiada lagi besok atau lusa,
Hanya semalam menjadi panduan mereka,
Biarlah kita ketemu semua indah dan gembira lagi…

Tuesday, May 22, 2012

Chapter 76 : Suis


Suis

Rindu,
Seakan menanti senyumnya,
Tak perlu lagi udara,
Hanya hembusan namanya,
Menghidupkan hati jinggaku,
Cinta menyelimuti diriku,
Agar buta segala pancaindera,
Cuma jelas hanya jelita,
Seulas kasih dari dia,
Semanis raut wajahnya,
Untuk aku lindungi,
Untuk aku tatapi,
Bukan sementara lagi,
Kekal abadi sampai mati,
Ternyata chenta ibarat suis,
Mampu menghidupkan segalanya,
Mampu mematikan semuanya,
Merobek segala-segalanya,
Mencantum semula semuanya,
Tapi setia menanti diguna…

Tuesday, May 8, 2012

Chapter 75 : Jodoh..


Jodoh

Membutakan segala mata,
Membuka seluas hati,
Menerima si dia,
Tanpa memikir siapa dia,
Hidup hanya berdua,
Endahkan sesiapa pun,
Alam menyeru bahagia,
Biar putih bercorak,
Malam tanpa sepi lagi,
Siang menghilang biru,
Dia pelangi yang satu,
Manusia tetap manusia,
Cinta atau nafsu,
Menjadi akal perbidasan,
Tanpa kabut,
Dan tak perlu cabut,
Lagi berani seadanya,
Tabah bersama-sama,
Jatuh dan bangun tetap bersama,
Hanya mati memisahkan,
Amin….

Thursday, April 19, 2012

Chapter 74 : Tiada...


Tiada…

Mencari teman,
Hitam putih,
Kelabu atau kuning,
Sentiasa ada ketika hening,
Tak hilang dikejar,
Semasa aku berlari,
Tak hilang sabar,
Semasa aku pergi,
Mati untuk kita senyum,
Duka untuk kita tawa,
Mari ke situ lagi,
Agar dunia berbeza,
Tinggal kita berdua,
Usah kita beramai,
Lagi kucar, lagi bising,
Mahukan tenang lagi,
Bagaikan angin bisik,
Air detik mengalir,
Tapi semuanya tiada lagi,
Semuanya impian lagi,
Biar tiada dimata,
Tetap ada dihati,
Menjadi sebuah peta,
Sebelum aku mati…