Tuesday, February 14, 2012

Chapter 68 : I wish

I wish...

Aku berharap semua benda ni dapat berhenti, 
Ak berharap sakit ini dapat hilang dengan kesakitan,
tapi jawapannya tetap tidak,
aku berharap sakit ini dapat hilang dengan kawan,
tapi bila kawan hilang dan dia datang,
aku berharap sakit ini dapat hilang dengan khayal,
tapi bila sudah tinggi dan aku jatuh dengan laju,
aku berharap sakit ini hilang dengan begitu saja,
tapi mimpi tentang dia asyik datang dan pergi,
aku berharap dapat mendengar suaranya lagi,
tapi entah ego aku semakin bodoh,
aku berharap berjumpa dia untuk beribu kali lagi,
tapi aku tak mahu dia melihat aku begini....

Friday, February 3, 2012

Chapter 67 : Diriku untuk memiliki bunga...


Diriku untuk memiliki bunga..

Selamat malam wahai bunga,
Mekarlah untuk mengharumi dunia,
Biar bercambah jadi ribu,
Tapi dihati kau yang satu,

Jangan sesekali layu ditelan masa,
Agar aku dapat melihat kau lagi,
Untuk dijadikan bau-bauan syurgaku,
Tanpa menghiraukan derita neraka,

Aku tetap menanti kamu,
Diakhir waktu aku pergi,
Menghembuskan senyuman terakhir,
Hanya untuk melihat engkau tawa,

Terima kasih emilyn,
Aku tak pernah lihat kau wujud,

Thursday, January 26, 2012

Chapter 66 : Malaikat akan tipu ingatanku!


Malaikat akan tipu ingatanku!

Semua yang bermula pasti akan berakhir.
Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati.
Tiada apa yang lebih menyedihkan dari matinya cinta itu.
Mencari segala teman di dunia.
Tapi hanya untuk seketika nikmat itu.
Mempercayai ia akan hilang dengan masa.
Masa juga sering mengetuk pintu kesedihan itu.
Bagaikan kain kapan yang menutupi segala gembira.
Tak dapat mengubahkan putaran dunia dengan tangisan.
Meneropong jauh ke hadapan.
Langkah demi langkah untuk berjalan.
Mundur!
Makin aku cuba untuk melangkah ke depan.
Aku masih ditempat yang sama.
Tiada apa yang sama di minda.
Cuma jasadku saja.
Menginginkan aku dewasa.
Agar dapat melihat semua senang dan gembira.
Terjaga dalam malam aku.
Seakan matahari menjadi musuh.
Dengan tiada lagi besok.
Mungkin aku lebih gembira….

Thursday, January 12, 2012

Chapter 65 : Gelora Laut

Gelora Laut

Entah kemana fikiran kita,
Melupakan segala resah dunia,
Untuk membahagiakan buat ketika,
Dengan senyuman dan tawa,

Melihat dia cukup gembira,
Sampai bila takkan hilang,
Wajah seri sekuntum jelita,
Mekar merobek hati yang lara,

Untuk mencambahkan bunga hati,
Dan dapat taburkan ke laut itu,
Agar menjadi panduan kita,
Ketika tidak pernah sesat jauh lagi,

Biarpun ombak itu berdiri teguh,
Pasti kita akan dapat menempuhi ia jua…..       


Masa tetap berlalu pergi, entah lama entah sekejap. Merindui itu membunuh. apatah lagi untuk memikirkan tentang dia. Tentang marah, aku makin bercelaru. meneropong cahaya itu semula, aku mula sesat mencari tenangan. Nak dengar suara dia, nak lihat senyuman riang dia macam kat laut. Jangan biarkan dia bersedih. Kesakitan sementara ini, hanya dapat memadamkan kesakitan tentang dia untuk beberapa hari sahaja, keseronokan sementara ini, hanya dapat memadamkan kesakitan tentang dia untuk beberapa jam sahaja... Sumpah tetap menjadi sumpah... kehilangan akan menjadi lebih sempurna dengan pengorbanan. "Tuhan bila masih ku diberi kesempatan, izinkan aku untuk mencintanya, namun bila waktuku telah habis dengannya, biar cinta hidup sekali ini saja... " 

Thursday, January 5, 2012

Chapter 64 :Sorry untuk zionis inginkan engkau!


Sorry untuk zionis inginkan engkau!

Jikalau malaikat bertanya padaku,          
Dimanakah arah  keindahan dunia?
Aku terus tunjuk pada dia,
Tanpa perlu aku berfikir panjang,

Matanya mula menjadi pusaran,
Kepada manusia yang inginkannya,
Mula akan merakuskan gerak-geri,
Lupa untuk membezakan segala halal,

Gusarkah aku untuk mentapikan lagi,
Takut menjadikan dia tiada teman,
Supaya memandu peperangan diri,
Tanpa memerlukan arah tuju lagi,

Aku cuma dapat berharap dan berharap,
Supaya dia akan tabah menempuhi segalanya….

Disebalik tudung part 2... =P manusia inginkan dia akan tetapi dia hanya dapat berdiam sahaja... diam kerana sayang atau diam kerana dendam.. untuk menduduki syurga itu, kita kena menempuhi neraka jugak.. sedih berada di dunia yang tiada fantasi.. melayang tanpa dadah dan gembira tanpa arak, dan indah tanpa dia.. biarkan semua berlalu, bagaikan semut melintasi di kaki manusia..

Wednesday, December 21, 2011

Chapter 63 : Persembahanku


Persembahanku

Nafas cinta tidak akan terhenti,
Walaupun aku sudah tiada,
Harumannya masih mekar mewangi,
Dihati naluri jelita,

Sebagai tatapan rohani dirinya,
Aku mempersembahkan madah ini,
Agar tetap bersama dia,
Untuk beribu tahun lagi,

Jaga dan lena untuk senyuman,
Membimbing dirinya ketika sedih,
Menghiburkan dia ketika luka,
Menemaninya ketika gembira,

Dan aku tahu aku dapat tidur dengan nyenyak,
Kerana dia sentiasa ditemani dengan persembahanku....


Yang membezakan kita itu adalah Dia, yang menyamakan kita itu adalah Dia, bila resah aku mencari Dia, bila gembira aku tak mencari Dia, tiada yang abadi kerana Dia, untuk menyakiti hati agar melupakan, mematikan segala perasaan kita, agar dapat meminta dari Dia, terima kasih untuk mengenali dan merapatkan aku pada Dia, walaupun sekadar persinggahan di dunia, aku tetap bahagia kerana diberi peluang untuk berjumpa jelita, senyuman itu cukup mengaburi mata aku tentang dunia, biarkan susah meranakan jasad aku ini, benci aku untuk memiliki pemikiran ini, sering mengingati segala silam seperti ia berlaku semalam......

Saturday, December 17, 2011

Chapter 62 : Disebalik tudung itu...


Disebalik tudung itu…

Helaian rerambut menjadi saksi,
Melihat apa yang beza tentang dia,
Dan menyimpan segala rahsia,
Cuma dia dan tuhan mengetahui,

Untuk aku menerima segalanya,
Mungkin ini ujian bagi diriku,
Untuk aku menerima seadanya,
Mungkin ini cintaku padanya,

Melupakan apa itu masa dulu,
Membuka semua buku baru,
Sebahagia dua merpati putih,
Terbang untuk menikmati dunia,

Selamanya rahsia disebalik tudung itu,
Menjadi rahsia untuk kita berdua…

Dalam hidup kite ni penuh gan  rahsia.. berbeza mengikut citarasa kita.. lol.. tapi kita tak penah mengharapkan    masa silam tu nk menghantui kita. cukup untuk membuat kita akan lebih maju dalam hidup. entah kenapa rahsia tu akan berlaku dalam hidup kita.. yang menjadikan kita lebih gagah untuk masa depan.. nenek aku penah pesan, kalo dia nk pegi, dia pergi jgk.. hehehehe