Tuesday, November 23, 2010

Chapter 21 : Warna Gelap


Warna gelap

Dunia, dunia, dunia,
Bodoh kerana terlalu melihatkan diri aku,
Bila resah mereka mula berkata tidak,
Bila malu mereka mula menyanyi sepi,

Dunia, dunia, dunia,
Adakah wanita hanyalah cermin bagi lelaki,
Bayangan yang penuh dengan senyum tawa,
Menutup aurat kesedihan pada diri lelaki,

Manusia terlalu tamak dengan dunia kosong,
Tidak cukup dengan apa yang ada,
Kerana nafsu terlalu meresapi di hati mereka,
Sedang badai pun akan terhenti dikala suka,

Setiap dunia punya kematian yang berbeza,
Sukar untuk melupakan yang sedih,
Apatah lagi mengingati apa itu gembira,
Biarkan memori itu berlalu pergi,

Sesaat selepas sehari mula memori itu akan pudar,
Bertemankan warna-warna gelap di mata, hati dan minda dunia… 

No comments:

Post a Comment