Wednesday, December 21, 2011
Chapter 63 : Persembahanku
Persembahanku
Nafas cinta tidak akan terhenti,
Walaupun aku sudah tiada,
Harumannya masih mekar mewangi,
Dihati naluri jelita,
Sebagai tatapan rohani dirinya,
Aku mempersembahkan madah ini,
Agar tetap bersama dia,
Untuk beribu tahun lagi,
Jaga dan lena untuk senyuman,
Membimbing dirinya ketika sedih,
Menghiburkan dia ketika luka,
Menemaninya ketika gembira,
Dan aku tahu aku dapat tidur dengan nyenyak,
Kerana dia sentiasa ditemani dengan persembahanku....
Yang membezakan kita itu adalah Dia, yang menyamakan kita itu adalah Dia, bila resah aku mencari Dia, bila gembira aku tak mencari Dia, tiada yang abadi kerana Dia, untuk menyakiti hati agar melupakan, mematikan segala perasaan kita, agar dapat meminta dari Dia, terima kasih untuk mengenali dan merapatkan aku pada Dia, walaupun sekadar persinggahan di dunia, aku tetap bahagia kerana diberi peluang untuk berjumpa jelita, senyuman itu cukup mengaburi mata aku tentang dunia, biarkan susah meranakan jasad aku ini, benci aku untuk memiliki pemikiran ini, sering mengingati segala silam seperti ia berlaku semalam......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jangan pernah dipadamkan kenangan
ReplyDeleteharap semua akan berulang lagi
gembira bila bersama
duka lari menjauhkan diri
tiada cinta dalam persinggahan itu
namun ada yang sakit hati
memang benar pernah untuk mencuba
tetap juga tidak melepasi tembok hati
selesa bersama tiada penafian
mungkin salah bila melibatkan perasaan
perlukah kerana cinta untuk hilang kawan
pergilah jika demi kebaikan
terima kasih bagi yang dinamakan kenangan
wah3 ajim...x sangka lah, tengok muka ganas..tapi dalam hati ada taman..caya lahhh...
ReplyDelete