Tiada aneh
Berintikan sepi,
Bersarungkan mimpi,
Malam tetap suram,
Untuk hilang segala geram,
Tidak tahu dunia kosong,
Ramai cumanya jasad,
Di hati tetap mati,
Meratah mimpi kembali,
Agar realiti tetap realiti,
Kabut masa berserabut,
Pangkal ajal maut menanti,
Duka hilang berganti lagi,
Semua tidak akan hilang,
Bersama merak untuk si
helang,
Pupusnya helang bukannya
kerana merak,
Kerana egonya untuk memiliki,
Tiada korban, ini hanya masa
depan,
Menjalar lagi satu harapan,
Untuk hidup bersisip
persoalan,
Lenalah semua malam ini,
Supaya besok penuh dengan
harapan…..